Tarikh

:

30/08/2023

Masa

:

9:00 pagi - 12:00 tengah hari

Lokasi

:

PEDi Kg Pagoh

Peserta

:

28 orang

 

Tujuan : 

Kelas E-pembelajaran ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan kuiz menggunakan Kahoot!. Kahoot! sebagai satu medium pembelajaran agar pelajar lebih fokus selepas belajar. Seterusnya, menyemarakkan lagi bulan Ogos sebagai bulan kemerdekaan yang ke-66 tahun.

Aktiviti :

Memberikan pendedahan kepada pelatih GIATMARA Pagoh berkenaan kuiz menggunakan Kahoot!. Menyedarkan pelatih mengenai kemerdekaan Malaysia demi menyemarakkan semangat pelatih untuk mengetahui sejarah-sejarah kemerdekaan Malaysia.

GAMBAR DISINI

Tarikh

:

26/08/2023

Masa

:

3:30 petang - 4:00 petang

Lokasi

:

PEDi Kg Pagoh

Peserta

:

5 orang

 

Tujuan : 

Kelas origami ini adalah untuk melatih pelajar untuk mengikuti arahan dan urutan yang betul. Origami ini juga dapat melatih kemampuan pelajar untuk menyelesaikan masalah serta meningkatkan motor halus pelajar. Selain itu, pelajar juga membuat origami dengan kreativiti mereka sendiri.

Aktiviti :

Membuat origami kapal terbang kertas dengan kreativiti sendiri. Menerbangkan kapal terbang di udara untuk melihat kelajuan kapal terbang masing-masing. 

GAMBAR DISINI

Tarikh

:

16/08/2023

Masa

:

10:30 pagi - 12:00 tgh hari

Lokasi

:

PEDi Kg Pagoh

Peserta

:

2 orang

 

Tujuan : 

Kelas atas talian ini adalah inisiatif pihak MSD kepada pelajar-pelajar lepasan SPM/Sijil/Diploma/Ijazah yang berdaftar di PEDi mahupun bukan dengan menerangkan berkenaan tips menjawab temuduga dengan betul.

Aktiviti :

Memberi penerangan kepada pelajar berkenaan soalan-soalan yang biasa ditanya oleh penemuduga semasa temuduga. Contoh jawapan bagi calon temuduga yang ada pengalaman mahupun tiada. Sentiasa bersedia dengan skrip soalan dan jawapan serta berlatih untuk memastikan calon bersedia dengan soalan-soalan yang akan diajukan oleh pihak penemuduga.

GAMBAR DISINI

Tarikh

:

19/08/2023

Masa

:

11:00 pagi - 1:00 pagi

Lokasi

:

PEDi Kg Pagoh

Peserta

:

7 orang

 

Tujuan : 

Kuiz ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan kuiz menggunakan Kahoot!. Kahoot! (teach with slides) sebagai satu medium pembelajaran agar pelajar lebih fokus selepas belajar. Seterusnya, menyemarakkan lagi bulan Ogos sebagai bulan kemerdekaan yang ke-66 tahun.

Aktiviti :

Mengenali maksud jalur gemilang dan maksud kemerdekaan. Menyanyikan lagu Jalur Gemilang bagi memberi semangat kepada pelajar agar memahami lambang yang ada pada bendera tersebut.

GAMBAR DISINI

Tarikh

:

15/08/2023

Masa

:

10:30 pagi - 12:00 tgh hari

Lokasi

:

PEDi Kg Pagoh

Peserta

:

2 orang

 

Tujuan : 

Kelas atas talian ini adalah inisiatif pihak MSD kepada pelajar-pelajar lepasan SPM/Sijil/Diploma/Ijazah dan usahawan-usahawan yang berdaftar di PEDi mahupun bukan dengan menerangkan berkenaan etika berpakaian ketika menghadiri sesi temuduga ataupun berjumpa pelanggan.

Aktiviti :

Memberi penerangan kepada pelajar dan usahawan untuk berpakaian secara formal kerana cara berpakaian juga memberikan kesan pertama bagi penemuduga serta pelanggan. Memberi penerangan berkenaan cara pemakaian formal, penggunaan tali jam yang sesuai, penggunaan tali leher mengikut jenis majlis serta penggunaan warna baju dan kasut bertutup.

GAMBAR DISINI