Tarikh |
: |
04/10/2024 |
Masa |
: |
09:30 Pagi - 10:30 Pagi |
Lokasi |
: |
NADI Kg Pagoh |
Peserta |
: |
2 orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tahap kreativiti dan kemahiran mengedit peserta cilik selain daripada mendedahkan peserta cilik tentang perayaan bangsa india di Malaysia.
Aktiviti :
Peserta cilik diminta untuk membuat poster bersempena dengan Hari Deepavali pada 31 Oktober 2024 ini. Peserta cilik bebas untuk memilih elemen-elemen bagi membuat poster kelihatan lebih menarik.
Tarikh |
: |
04/10/2024 |
Masa |
: |
10:30 Pagi - 11:30 Pagi |
Lokasi |
: |
NADI Kg Pagoh |
Peserta |
: |
1 orang |
Tujuan :
Kelas ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran membuat poster dan meningkatkan kreativiti dalam penghasilan poster oleh peserta cilik.
Aktiviti :
Peserta diberikan templete kosong dan diminta untuk menghasilkan poster bertemakan maulidurrasul mengikut kemahiran masing-masing.
Tarikh |
: |
22/09/2024 |
Masa |
: |
10:30 Pagi - 12:30 Tengah Hari |
Lokasi |
: |
NADI Kg Pagoh |
Peserta |
: |
10 orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran berinovasi dan berfikir secara kritkal dalam diri pelatih. Didalam kelas ini, pelatih mencari solusi untuk membuatkan kereta kincir bergerak lebih laju dari kumpulan yang lain untuk meraih tempat pertama.
Aktiviti :
Pelatih diberi taklimat tentang cara membuat kereta kincir dan cara pemarkahan oleh juri. Setelah itu, peserta diminta untuk membuat kereta kincir menggunakan bahan yang dibawa dan disediakan mengikut masa yang distetapkan. setelah semua kumpulan selesai menyiapkan kereta kincir masing-masing, pemarkahan dimulakan dengan menilai kelajuan dan jarak jauh kereta kincir.
Tarikh |
: |
27/09/2024 |
Masa |
: |
10:00 Pagi - 11:00 Pagi |
Lokasi |
: |
NADI Kg Pagoh |
Peserta |
: |
1 orang |
Tujuan :
Kelas ini dibuat adalah untuk meningkatkan tahap kreativiti dan kemahiran mengedit poster oleh si cilik selain daripada meningkatkan semangat patriotik dalam diri mereka.
Aktiviti :
Peserta diminta untuk membuat poster hari malaysia menggunakan tema-tema hari malaysia dan menerapkan elemen kepelbagaian kaum di Malaysia di dalam poster tersebut.
Tarikh |
: |
21/09/2024 |
Masa |
: |
10:30 Pagi - 12:30 Tengah Hari |
Lokasi |
: |
NADI Kg Pagoh |
Peserta |
: |
20 orang |
Tujuan :
Tujuan taklimat ini dilaksanakan adalah untuk memastikan komuniti setempat mempunyai pengetahuan tentang scammer dan taktik-taktik yang digunakan pada masa kini. Didalam taklimat ini penceramah telah memberikan tips mengelak dari menjadi mangsa scammer.
Aktiviti :
Program dimulakan dengan taklimat perkhidmatan Pintar NADI oleh Pengurus NADI Kg Pagoh kepada komuniti setempat yang hadir. Seterusnya program diteruskan lagi dengan Taklimat Kesedaran yang disampaikan oleh Inspektor Muhammad Nizam Bin Roslan, Pegawai Penyaisat Bahagaian Siasatan Jenayah Komersil IPD Muar. Banyak ilmu baharu yang bermanfaat telah dikongsikan oleh beliau agar dapat digunakan oleh komuniti Pagoh bagi mengelak menjadi mangsa penipuan atas talian.