Klinik Kesihatan Pagoh
Jaraknya lebih kurang 500m dari Kampung Pagoh. Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti perkhidmatan pesakit luar, klinik bayi dan ibu mengandung, klinik kanak-kanak dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, jika penduduk menghadapi masalah kesihatan pada hari-hari cuti, mereka boleh mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar yang jaraknya lebih kurang 27.1km. Disamping itu, terdapat juga klinik swasta disekitar Pekan Pagoh dan Pagoh Jaya.